Wednesday 13 July 2011

Minggu Keselamatan Taman Ixora BBST

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 2/2011 bertarikh 3 Julai 2011 telah bersetuju untuk mengadakan Minggu Keselamatan di Taman Ixora. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:-

Tarikh : 16 hingga 24 Julai 2011
Tempat : Kejiranan Taman Ixora

Tujuan minggu keselamatan diadakan adalah:
1. Memberikan kesedaran dan hebahan kepada penduduk Taman Ixora mengenai kejadian jenayah samun yang semakin menjadi-jadi di Taman Ixora sejak kebelakangan ini. Beberapa kes yang telah berlaku akan diwar-warkan untuk pengetahuan bersama.
2. Mengedarkan borang survey mengenai cadangan untuk mewujudkan kawalan keselamatan berbayar di Taman Ixora.
3. Mengedarkan borang Skim Rondaaan Sukarela, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora kepada penduduk yang ingin menyertai skim berkenaan.

Sila klik di sini untuk memuat turun borang survey berkenaan.

Sila klik di sini untuk memuat turun borang permohonan Skim Rondaan Sukarela.

Kaedah:
1. AJK akan berjalan bersama-sama dari rumah ke rumah untuk mengedarkan borang dan memberikan pendedahan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan.
2. Menaikkan banner dan pamplet untuk pengetahuan penduduk.
3. Hasil survey berkenaan akan dikumpulkan dan keputusan akan dimaklumkan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora memohon supaya semua penduduk memberikan kerjasama menjayakan program yang dirancang untuk diadakan ini. Bersama-samalah kita menyumbang tenaga atau kewangan demi keselamatan ahli keluarga kita pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment