Pagi Ahad, selepas membelek akhbar hujung minggu, Hisham keluar rumah untuk mencuci kereta. Jam sudah dalam lingkungan 10:30 pagi. Bersama-sama dengan anak-anak, menjadi kebiasaan Hisham mencuci kereta bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan melatih anak-anaknya menyayangi harta-benda pemberian Tuhan. Telefon bergerak (telerak) Nokia model 3200 diletakkan ditempat kering berhampiran.
Sambil mencuci kereta bersama anak-anak, kelihaan sebuah kereta Proton Saga berwarna biru melintasi depan rumahnya. Di dalamnya kelihatan tiga orang memakai topi besball. Di dalam kepalanya, berkata-kata yang dia tidak pernah melihat kereta berkenaan di kawasan kejiranannya. Lalu dia mengarahkan anak-anaknya memerhatikan kereta tersebut jika kelihatan lagi. Tidak berapa lama kemudian kereta berkenaan sekali lagi melintasi hadapan rumahnya dan anaknya yang berumur 12 tahun dapat mengecam nomor pendaftaran kereta tersebut.
Lantas Hisham mencapai telerak Nokia 3200nya dan memicit butang cakap di telefonnya.
“Seirra-Papa daripada Hotel-Alpha 01. Untuk makluman, terdapat sebuah kenderaan Proton Saga berwarna biru berlegar di Jalan Bunga Raya 24 palang 3 seketika tadi dan menghala ke Jalan 24 palang 4. Pemandu dan penumpang 3 orang memakai cap beseball. Nombor pendaftaran November-Charlie-Alpha 3561, di ulang, November-Charlie-Alpha 3561. Keadaan mencurigakan.”
Tidak lama kemudian telerak berkenaan berbunyi.
“Hotel-Alpha 01, dari Tango-Papa-Charlie 03, berita diterima. Kenderaan kelihatan sekarang di jalan 24 palang 7 menghala ke jalan 24 palang 8.”
Tidak lama kemudian ia berbunyi lagi.
“Seirra-Papa dari Mike-Bravo-Romeo, kenderaan kelihatan berhenti di bawah pokok berhampiran rumah Cikgu Halim. Kelihatan dua orang keluar dari kenderaan dan pemandu masih di dalam kenderaan. Cikgu Halim hari ini balik ke kampung.”
Hisham lantas memicit butang cakap di teleraknya.
“Seirra-Papa dari Hotel-Alpha 01. Saya akan siarkan ke Squad^Pemantau”.
Lalu Hisham menukar saluran percakapannya kepada Skuad^Pemantau yang sudah di set di dalam teleraknya.
“Skuad^Pemantau dari Seirra-Papa-Hotel-Alpha01. Sebuah kenderaan dengan 3 orang berkelakuan mencurigakan di Taman Setia Perdana. Kenderaan berhenti dengan 2 orang penumpang keluar ke arah sebuah rumah di jalan 24 palang 8 yang mana penghuninya balik ke kampung. Pemandu kenderaan masih di dalam kenderaan tersebut. Minta bantuan dari para Delta.”
“Seirra-Papa-Hotel-Alpha dari Delta07, berita diterima. Delta 07 mengala ke lokasi. Sila teruskan pemantauan dan maklumkan jika ada maklumat lain.”
“Berita di terima. Seirra-Papa akan terus membuat pemantauan dan memaklumkan jika ada perkembangan.”
Hisham keluar dari perkarangan rumahnya dan menghampiri simpang yang terdekat.
“Seirra-Papa dari Hotel-Alpha. Saya membuat pemantauan di simpang Jalan 24 palang 3.”
“Seirra-Papa dari Tanggo-Charlie. Saya berada di simpang jalan 24 palang 5.”
“Seirra-Papa dari Hotel-Papa-Bravo, saya dari gerai roti canai memantau jalan masuk utama.”
Tidak lama kemudian, kedengaran telerak yang mengatakan Delta 07 iaitu anggota cawangan pencegahan jenayah dari PDRM bersama-sama beberapa anggota PDRM dari Pondok Polis berhampiran sampai di lokasi. Ketika menghampiri kenderaan tersebut, pemandu kenderaan menyedari yang kehadirannya disedari. Dia cuba lari dengan memandu secara bahaya menuju kepada anggota polis dan dapat melepaskan diri. Hisham dan pengguna PTT lain memerhatikan dan memberi maklumat arah tuju kenderaan tersebut.
Di saluran utama Skuad^Pemantau juga disiarkan secara terus arah tuju kenderaan yang yang berjaya melarikan diri dari Taman Setia Perdana. Anggota Skuad^Pemantau dari taman-taman lain yang mendengar siaran tadi juga turut memerhati dan memantau jalan-jalan di taman mereka dan memaklumkan kepada Skuad^Pemantau lokasi kenderaan tersebut kelihatan. Tidak sampai 10 minit, kenderaan tersebut dapat ditahan oleh pasukan peronda yang mendengar siaran Skuad^Pemantau di Taman Cempaka Indah.
Sementara itu, dua orang yang berada di rumah Cikgu Halim terpaksa menyerah diri kerana rumah tersebut telah dikepung sepenuhnya.
Skuad^Pemantau sekali lagi berjaya menumpaskan cubaan pecah-rumah ketika hujung minggu sewaktu penghuni rumah pulang ke kampung.
** Nota kaki : Senario di atas adalah hayalan penulis sahaja.
memang menjadi satu kewajaran setiap individu hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling..oleh yang demikian salah satu cara yang berkesan bagi membantu dalam menangani situasi seperti ini maka wajarlah sama-sama kita mengembeleng segala usaha bagi menyampaikan maklumat agar sebarang kejadian jenayah dapat diatasi samaada di tempat sendiri mahupun dikawasan bersebelahan..maka ramai-ramailah kita menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan bagi mencegah segala salah laku jenayah,,Ayuh kawan-kawan bangun,,Pantau terus-terusan.
ReplyDelete