Wednesday, 11 May 2011

Seorang lebih bagus dari sepuluh orang..... Jika bercakaran!!

Sepuluh orang pun tidak akan boleh menumpaskan seorang peragut jika berbalahan. Seratus orang pun tidak akan boleh menumpaskan seorang perompak, jika bercakaran. Seribu orang pun belum tentu boleh mengalahkan penyamun, jika bertelagahan.

Penyatuan semua menjadi satu adalah kunci keberkesanan. Penyatuan ini disebut "bersatu". Dan untuk berjaya mensifarkan jenayah di kawasan kependudukan kita, seharusnya semua perlu bersatu. Tolakkan ke tepi sentimen "aku lebih baik", "aku lebih besar", "siapa dia"... dan banyak lagi.

Taman perumahan kita adalah "kampung" kita. Kampung kita seharusnya harmoni.

PTT menyatukan ramai. Yang dulu entah siapa, kini mesra bersapa. Yang dulu hidung tinggi mengongkah langit, kini tunduk bersatu menunduk hati. Yang dulu kecil di pojok dunia, kini gah bermesra.......

Seribu orang bersatu hati..... tidak goyang sedikit pun diri kita. Dan nyenyaklah tidur anak-anak dan isteri kita......

2 comments:

  1. Salam,Agar niat murni kita dapat diteruskan walaupun ada yang mendabik dada menggatakan dia saja yang betul.

    ReplyDelete
  2. Buangkan yang keruh ambil yang jernih.jangan ada kepentingan peribadi semata-mata,jangan melibatkan mana-mana politik dalam membenteras dan penyaluran maklumat insyallah objektif 'skuad pemantau'akan terlaksana.

    ReplyDelete