Thursday, 12 May 2011

Tip-tip keselamatan (fizikal) ketika meninggalkan rumah

Mungkin ramai yang tidak mengambil endah perkara begini terutamanya ketika kita meninggalkan rumah kosong untuk jangka-masa yang agak lama seperti balik kampung atau sebagainya. Dalam keadaan negara yang makmur dan rakyatnya semakin mendapat kemewahan, maka banyak perkara yang menununjukkan kemewahan terpapar dengan hanya melihat rumah kita.

Di sini digariskan beberapa tip-tip keselamatan harta-benda kita di rumah semasa kita berjauhan.

  1. Pastikan anda mengepilkan satu salinan kunci rumah kepada jiran anda untuk tujuan kecemasan seperti kebakaran, atau keadaan yang mencurigakan semasa ketiadaan anda.
  2. Sering terdapat alat-alat pertukangan atau alatan yang boleh digunakan bagi memecahkan rumah di sekitar kawasan rumah. Pastikan tiada alatan seperti parang, tukul, dan sebagainya yang penceroboh boleh menggunakan untuk membuka rumah anda. Sebaiknya, simpanlah di dalam setor yang berkunci.
  3. Jika anda mempunyai motorsikal atau kenderaan lain yang tidak dibawa bersama, pastikan kunci kenderaan anda tidak ditinggalkan di rumah anda du tempat yang terbuka. Seelok-eloknya, bawalah bersama atau simpan ditempat yang tersembunyi di rumah anda. Motorsikal dan basikal yang berharga, sebaik-baiknya masukkan ke dalam rumah. Lantai kotor sedikit sementara waktu lebih baik daripada kehilangan barang tersebut.
  4. Kuncikan semua pintu dan sebaik-baiknya selak semua pintu dari dalam dalam tiga kedudukan, atas, tengah dan bawah supaya sukar dipecah masuk. Pintu yang lebih selamat adalah pintu yang swing keluar. Pintu yang swing ke dalam mudah dipecah masuk dengan menghentaknya. Pintu yang swing keluar memerlukan daya tarikan yang kuat untuk memecahkannya. Apatah lagi dengan tiga selak di dalam.
  5. Pastikan anda memberitahu penghantar surat-khabar supaya berhenti menghantar surat-khabar langganan jika ada semasa ketiadaan anda. Langganlah surat-khabar daripada orang yang dipercayai.
  6. Pasangkan lampu luar rumah anda dan beberapa lampu di dalam rumah anda. Jika boleh, gunakan timer untuk memasang television anda dan memadamkannya dalam tempuh tertentu bagi menggambarkan ada penghuni di dalam rumah sedang menonton ti-vi.
  7. Tutup dan kuncikan pintu pagar anda dengan kemas.
  8. Berserah kepada al-Muqit untuk menjaga harta-benda kita. 

bravo01


No comments:

Post a Comment