Tuesday, 24 May 2011

Satu Senario : Pemantauan ala Skuad^Pemantau

Pagi Ahad, selepas membelek akhbar hujung minggu, Hisham keluar rumah untuk mencuci kereta. Jam sudah dalam lingkungan 10:30 pagi. Bersama-sama dengan anak-anak, menjadi kebiasaan Hisham mencuci kereta bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan melatih anak-anaknya menyayangi harta-benda pemberian Tuhan. Telefon bergerak (telerak) Nokia model 3200 diletakkan ditempat kering berhampiran.

Sambil mencuci kereta bersama anak-anak, kelihaan sebuah kereta Proton Saga berwarna biru melintasi depan rumahnya. Di dalamnya kelihatan tiga orang memakai topi besball. Di dalam kepalanya, berkata-kata yang dia tidak pernah melihat kereta berkenaan di kawasan kejiranannya. Lalu dia mengarahkan anak-anaknya memerhatikan kereta tersebut jika kelihatan lagi. Tidak berapa lama kemudian kereta berkenaan sekali lagi melintasi hadapan rumahnya dan anaknya yang berumur 12 tahun dapat mengecam nomor pendaftaran kereta tersebut.

Lantas Hisham mencapai telerak Nokia 3200nya dan memicit butang cakap di telefonnya.

“Seirra-Papa daripada Hotel-Alpha 01. Untuk makluman, terdapat sebuah kenderaan Proton Saga berwarna biru berlegar di Jalan Bunga Raya 24 palang 3 seketika tadi dan menghala ke Jalan 24 palang 4. Pemandu dan penumpang 3 orang memakai cap beseball. Nombor pendaftaran November-Charlie-Alpha 3561, di ulang, November-Charlie-Alpha 3561. Keadaan mencurigakan.”

Tidak lama kemudian telerak berkenaan berbunyi.

“Hotel-Alpha 01, dari Tango-Papa-Charlie 03, berita diterima. Kenderaan kelihatan sekarang di jalan 24 palang 7 menghala ke jalan 24 palang 8.”

Tidak lama kemudian ia berbunyi lagi.

“Seirra-Papa dari Mike-Bravo-Romeo, kenderaan kelihatan berhenti di bawah pokok berhampiran rumah Cikgu Halim. Kelihatan dua orang keluar dari kenderaan dan pemandu masih di dalam kenderaan. Cikgu Halim hari ini balik ke kampung.”

Hisham lantas memicit butang cakap di teleraknya.

“Seirra-Papa dari Hotel-Alpha 01. Saya akan siarkan ke Squad^Pemantau”.

Lalu Hisham menukar saluran percakapannya kepada Skuad^Pemantau yang sudah di set di dalam teleraknya.

Skuad^Pemantau dari Seirra-Papa-Hotel-Alpha01. Sebuah kenderaan dengan 3 orang berkelakuan mencurigakan di Taman Setia Perdana. Kenderaan berhenti dengan 2 orang penumpang keluar ke arah sebuah rumah di jalan 24 palang 8 yang mana penghuninya balik ke kampung. Pemandu kenderaan masih di dalam kenderaan tersebut. Minta bantuan dari para Delta.”

“Seirra-Papa-Hotel-Alpha dari Delta07, berita diterima. Delta 07 mengala ke lokasi. Sila teruskan pemantauan dan maklumkan jika ada maklumat lain.”

“Berita di terima. Seirra-Papa akan terus membuat pemantauan dan memaklumkan jika ada perkembangan.”

Hisham keluar dari perkarangan rumahnya dan menghampiri simpang yang terdekat. 

“Seirra-Papa dari Hotel-Alpha. Saya membuat pemantauan di simpang Jalan 24 palang 3.”

“Seirra-Papa dari Tanggo-Charlie. Saya berada di simpang jalan 24 palang 5.”

“Seirra-Papa dari Hotel-Papa-Bravo, saya dari gerai roti canai memantau jalan masuk utama.”

Tidak lama kemudian, kedengaran telerak yang mengatakan Delta 07 iaitu anggota cawangan pencegahan jenayah dari PDRM bersama-sama beberapa anggota PDRM dari Pondok Polis berhampiran sampai di lokasi. Ketika menghampiri kenderaan tersebut, pemandu kenderaan menyedari yang kehadirannya disedari. Dia cuba lari dengan memandu secara bahaya menuju kepada anggota polis dan dapat melepaskan diri. Hisham dan pengguna PTT lain memerhatikan dan memberi maklumat arah tuju kenderaan tersebut.

Di saluran utama Skuad^Pemantau juga disiarkan secara terus arah tuju kenderaan yang yang berjaya melarikan diri dari Taman Setia Perdana. Anggota Skuad^Pemantau dari taman-taman lain yang mendengar siaran tadi juga turut memerhati dan memantau jalan-jalan di taman mereka dan memaklumkan kepada Skuad^Pemantau lokasi kenderaan tersebut kelihatan. Tidak sampai 10 minit, kenderaan tersebut dapat ditahan oleh pasukan peronda yang mendengar siaran Skuad^Pemantau di Taman Cempaka Indah.

Sementara itu, dua orang yang berada di rumah Cikgu Halim terpaksa menyerah diri kerana rumah tersebut telah dikepung sepenuhnya.

Skuad^Pemantau sekali lagi berjaya menumpaskan cubaan pecah-rumah ketika hujung minggu sewaktu penghuni rumah pulang ke kampung.

** Nota kaki : Senario di atas adalah hayalan penulis sahaja.


Thursday, 19 May 2011

Perenjis ASID kini di Sepang (Cyberjaya)

19 Mei 2011 : Dengkil, Sepang
Berita terbaru hari ini yang sudah disahkan bahawa penyimbah asid yang berleluasa yang telah menyimbah asid ke lebih 30 wanita di Kuala Lumpur sudah berpindah operasi dan mula melakukan kegiatan jenayah di Daerah Sepang. Terbaru kejadian petang tadi seorang lelaki India telah menyimbah seorang wanita di jalan Cyberjaya - Seri Kembangan. Kenderaan dikenalpasti yang dinaiki suspek adalah Honda EX5 Hitam bernombor pendaftaran WPV4963. Kepada semua ahli Skuad^Pemantau dan penduduk kawasan berdekatan, bantuan adalah diharapkan untuk menyalurkan maklumat jika terjumpa kenderaan tersebut yang dinaiki oleh seorang dari kaum India. Sila lapurkan kepada mana-mana balai polis terdekat.


bravo01

Tuesday, 17 May 2011

Tip-tip keselamatan (kerohanian) ketika meninggalkan rumah

Semua mungkin sudah kelihatan selamat. Semua pintu masuk dan juga tingkap dan segala lubang yang memungkinkan kebocoran sudah bertutup. Tapi segala usaha itu jika tidak dengan kehendakNya, tentunya tidak akan jadi apa-apa. Makanya kita tidak seharusnya lupa pada perkara berkait dengan kerohanian bila berkata tentang keselamatan.

Beberapa yang sering orang-orang tua dan para ‘alim sebutkan adalah seperti di bawah.

  1. Bahawa setiap makhluk Allah ini adalah diciptakan dengan “roh”, makanya bila ianya punya “roh”, ianya juga punya “ilmu”nya sendiri. Dan setiap makhluk ini mendengar dan mengikut arahanNya.
  2.  Mintalah kepada al-Khaliq untuk kita memberi izin kepada kita memberi arahan kepada makhluk ciptaanNya yang ada disekeliling rumah kita seperti pokok-pokok dan rumput-rumput dan pagar dan air dan sebagainya. Mintakan kepadanya untuk menjagai rumah dan harta kita dari gangguan segala bentuk kejahatan.
  3. Pusinglah keliling rumah kita jika rumah sebuah, jika rumah teres, cukup ke halaman belakang rumah sambil membacakan surah 3 Qul sebanyak 3 kali. Begitu juga ketika menutup pintu pagar rumah sebelum meninggalkan rumah kita. Bacakanlah Ayat Qursi sebanyak 7 kali dari ketika mengundurkan kenderaan keluar ruang letak kereta, hingga menutup pintu pagar dan memandu keluar ke tempat tujuan.
  4. Tarik nafas panjang dengan kiraan 4 harakat, tahan pernafasan selama 4 harakat dan lepaskan selama 8 harakat. Ulang sebanyak 3 kali dan pada ketika melepaskan nafas kali yang ketiga, kilaskan di hati kita yang rumah kita selamat sehingga kepulangan kita kembali.


InsyaAllah.


bravo01

Thursday, 12 May 2011

Tip-tip keselamatan (fizikal) ketika meninggalkan rumah

Mungkin ramai yang tidak mengambil endah perkara begini terutamanya ketika kita meninggalkan rumah kosong untuk jangka-masa yang agak lama seperti balik kampung atau sebagainya. Dalam keadaan negara yang makmur dan rakyatnya semakin mendapat kemewahan, maka banyak perkara yang menununjukkan kemewahan terpapar dengan hanya melihat rumah kita.

Di sini digariskan beberapa tip-tip keselamatan harta-benda kita di rumah semasa kita berjauhan.

  1. Pastikan anda mengepilkan satu salinan kunci rumah kepada jiran anda untuk tujuan kecemasan seperti kebakaran, atau keadaan yang mencurigakan semasa ketiadaan anda.
  2. Sering terdapat alat-alat pertukangan atau alatan yang boleh digunakan bagi memecahkan rumah di sekitar kawasan rumah. Pastikan tiada alatan seperti parang, tukul, dan sebagainya yang penceroboh boleh menggunakan untuk membuka rumah anda. Sebaiknya, simpanlah di dalam setor yang berkunci.
  3. Jika anda mempunyai motorsikal atau kenderaan lain yang tidak dibawa bersama, pastikan kunci kenderaan anda tidak ditinggalkan di rumah anda du tempat yang terbuka. Seelok-eloknya, bawalah bersama atau simpan ditempat yang tersembunyi di rumah anda. Motorsikal dan basikal yang berharga, sebaik-baiknya masukkan ke dalam rumah. Lantai kotor sedikit sementara waktu lebih baik daripada kehilangan barang tersebut.
  4. Kuncikan semua pintu dan sebaik-baiknya selak semua pintu dari dalam dalam tiga kedudukan, atas, tengah dan bawah supaya sukar dipecah masuk. Pintu yang lebih selamat adalah pintu yang swing keluar. Pintu yang swing ke dalam mudah dipecah masuk dengan menghentaknya. Pintu yang swing keluar memerlukan daya tarikan yang kuat untuk memecahkannya. Apatah lagi dengan tiga selak di dalam.
  5. Pastikan anda memberitahu penghantar surat-khabar supaya berhenti menghantar surat-khabar langganan jika ada semasa ketiadaan anda. Langganlah surat-khabar daripada orang yang dipercayai.
  6. Pasangkan lampu luar rumah anda dan beberapa lampu di dalam rumah anda. Jika boleh, gunakan timer untuk memasang television anda dan memadamkannya dalam tempuh tertentu bagi menggambarkan ada penghuni di dalam rumah sedang menonton ti-vi.
  7. Tutup dan kuncikan pintu pagar anda dengan kemas.
  8. Berserah kepada al-Muqit untuk menjaga harta-benda kita. 

bravo01


Wednesday, 11 May 2011

Seorang lebih bagus dari sepuluh orang..... Jika bercakaran!!

Sepuluh orang pun tidak akan boleh menumpaskan seorang peragut jika berbalahan. Seratus orang pun tidak akan boleh menumpaskan seorang perompak, jika bercakaran. Seribu orang pun belum tentu boleh mengalahkan penyamun, jika bertelagahan.

Penyatuan semua menjadi satu adalah kunci keberkesanan. Penyatuan ini disebut "bersatu". Dan untuk berjaya mensifarkan jenayah di kawasan kependudukan kita, seharusnya semua perlu bersatu. Tolakkan ke tepi sentimen "aku lebih baik", "aku lebih besar", "siapa dia"... dan banyak lagi.

Taman perumahan kita adalah "kampung" kita. Kampung kita seharusnya harmoni.

PTT menyatukan ramai. Yang dulu entah siapa, kini mesra bersapa. Yang dulu hidung tinggi mengongkah langit, kini tunduk bersatu menunduk hati. Yang dulu kecil di pojok dunia, kini gah bermesra.......

Seribu orang bersatu hati..... tidak goyang sedikit pun diri kita. Dan nyenyaklah tidur anak-anak dan isteri kita......

Tuesday, 10 May 2011

PTT Untuk Pencegahan Jenayah

PTT atau Push-To-Talk yang membolehkan berkomunikasi secara terus "one-to-many" mendapat tempat dikalangan pemandu teksi dan lori. Ianya beroperasi sebagaimana "walkie-talkie" cuma yang membezakan adalah ianya menggunakan GPRS sebagai band untuk membawa signal suara. Dengan kelebihan ini, ianya tidak mempunyai limit jangkauan dan boleh digunakan oleh pengguna dimana-mana sahaja GPRS dikesan.


Masyarakat di Sepang umumnya mengetahui bahawa PTT digunakan secara meluas semenjak tahun 2009 lagi bagi penggunaan pencegahan jenayah. Skuad Pemantau adalah satu kelompok penduduk di Daerah Sepang dan kawasan sekitar seperti Nilai, Serdang dan Bandar Baru Bangi dalam menangani masalah jenayah dan keselamatan seperti rompakan, samun, ragut dan sebagainya.


Bersama-sama pihak polis, aktiviti ini ternyata berkesan berbanding dengan pelbagai inisiatif pembenterasan jenayah yang diketengahkan sementak tahun 70an lagi.


Maklumat berkait dengan PTT Skuad Pemantau ada di www.skuad-pemantau.com .